Program Gotong Memasak Bubur Asyura Yayasan Perak Bersama Unit Simpanan Persekutuan (FRU) telah diadakan di Surau Al-Mustaqim, FRU. Gimik penyerahan bubur asyura tersebut telah diadakan oleh pengurusan Yayasan Perak, En. Mohamad Hidayat bin Abd Halim, Pengurus Pentadbiran kepada  YDH DSP Shamsul Baharin bin Aman, Timbalan Pegawai Pemerintah Unit 5 PSP. Program tersebut telah dijayakan oleh kakitangan Yayasan Perak bersama kakitangan dan keluarga FRU. Bubur asyura juga telah diagihkan kepada Rumah Anak - Anak Yatim Nur Kasih dan Pusat Harian Kanak - Kanak Spastik. 

BERITA SEMASA