DERMASISWA PENDIDIKAN NEGERI PERAK

  • Dermasiswa Pendidikan Negeri Perak bertujuan membantu pelajar untuk membuat persediaan pendaftaran kemasukan di SEMESTER PERTAMA dan TAHUN PERTAMA di Politeknik, Kolej Komuniti, Kolej Vokasional, IPTA dan IPTS serta Pusat Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Perak Sahaja.

  • Senarai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Terpilih boleh disemak seperti senarai di bawah
    (MUAT TURUN SENARAI IPT TERPILIH )

  • Dermasiswa ini diberikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat SIJIL, MATRIKULASI, DIPLOMA dan IJAZAH SARJANA MUDA sahaja.

  • Pemohon mestilah anak Negeri Perak Darul Ridzuan yang ditakrifkan sebagai:

    • PELAJAR atau BAPA/IBU lahir di Negeri Perak dan MENETAP DI PERAK atau;
    • KELUARGA bermastautin melebihi 10 tahun di Negeri Perak dengan mengemukakan surat pengesahan bermastautin.

  • Keutamaan diberikan kepada keluarga yang jumlah pendapatan isirumah (Bapa dan Ibu) di bawah RM5,000.00 sebulan (gaji pokok). (Mulai 1 Julai 2017)

  • Pemberian secara "one-off" kepada pelajar mengikut peringkat pengajian.

  • Kadar Pemberian Dermasiswa adalah seperti berikut:

    PERINGKAT PENGAJIAN

    PENDAPATAN ISIRUMAH RM3,000 KE BAWAH

    PENDAPATAN ISIRUMAH RM3,001 - 5,000

    SIJIL/MATRIKULASI/ASASI (TERMASUK SIJIL & DIPLOMA VOKASIONAL)  RM 300  RM 300
    DIPLOMA  RM 500  RM 500
    IJAZAH SARJANA MUDA  RM 800  RM 800
    IJAZAH SARJANA MUDA (PROFESSIONAL) RM1,200  RM 1,000


  • Tarikh tutup permohonan adalah 3 BULAN dari tarikh pendaftaran masuk IPT.

  • Sila sertakan Dokumen-dokumen berikut bersama Borang Permohonan

    1. Salinan surat TAWARAN TERKINI daripada IPT/Pusat Pengajian.

    2. Salinan MyKAD Pelajar, MyKAD BAPA dan MyKAD IBU.

    3. Salinan PENYATA PENDAPATAN isirumah (BAPA & IBU). Sekiranya PESARA sila kepilkan Salinan PENYATA PENCEN BULANAN atau sekiranya BEKERJA SENDIRI sila dapatkan PENGESAHAN PENDAPATAN daripada Ketua Kampung/Penghulu Mukim kawasan masing-masing

    4. Surat bermastautin daripada Ketua Kampung/Penghulu/Pegawai Daerah/Wakil Rakyat (Jika pelajar/ibu/bapa tidak lahir di Negeri Perak)

    5. Salinan surat kematian atau surat bercerai(Jika berkaitan)

    **Semua salinan dokumen perlulah mendapatkan pengesahan Ketua Kampung/Penghulu Mukim/Pegawai Daerah/Pegawai Kerajaan Kelas A/Wakil Rakyat.

  • Permohonan yang TIDAK LENGKAP atau TIDAK disertakan dokumen yang diperlukan akan DITOLAK

  • CARA MEMOHON

    1. Mohon Dermasiswa secara ONLINE
    2. Mendapatkan Borang Permohonan secara percuma di Pejabat Yayasan Perak atau Pejabat Mini Yayasan Perak UTC, Ipoh atau Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN di kawasan masing-masing atau MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN