PEMBAYARAN BALIK PINJAMAN PELAJARAN YAYASAN PERAK

Yayasan Perak mengalu-alukan pembayaran balik pinjaman pelajaran daripada tuan/puan. Pembayaran boleh dibuat melalui :

  • Bank draf/Kiriman Wang Pos/Cek Peribadi di atas nama "Yayasan Perak" dengan menulis nama dan nombor rujukan fail di belakangnya.

  • Secara terus dengan Bank Muamalat Akaun No. 08040002547718. Salinan asal slip bank hendaklah ditulis nama serta nombor fail di belakangnya dan dihantar ke Yayasan Perak bagi proses pengeluaran resit.

  • Bayaran Balik Secara Pos Online. Anda juga boleh membayar secara atas talian (Pos Online) dengan melayari laman web http://www.pos.com.my. (Setiap transaksi dikenakan bayaran sebanyak RM0.50 oleh Pos Malaysia Berhad.)

  • Bayaran Balik Di Kaunter Pos Malaysia Berhad. Anda cuma perlu maklumkan 5 perkara berikut kepada petugas kaunter:

    1. Nombor MyKad
    2. Nombor Fail
    3. Nama
    4. Nombor Telefon
    5. Amaun Bayaran (minimum RM50.00)

    **Setiap transaksi dikenakan bayaran sebanyak RM2.00 oleh Pos Malaysia Berhad.

  • Melalui Pengeluaran KWSP

  • Pembayaran juga boleh dibuat di pejabat Yayasan Perak di alamat berikut:

Yayasan Perak,
Tingkat 2 (Bahagian Kewangan)
Wisma Yayasan Perak,
No. 111, Jalan Sultan Idris Shah,
30000 Ipoh, Perak.

 

Adalah diharapkan tuan/puan dapat menjelaskan tunggakan anda bagi mengelakkan tindakan undang-undang diambil. 
** Sila maklumkan kepada Unit Pembiayaan Yayasan Perak jika terdapat sebarang pertukaran alamat atau nombor telefon.
** Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh menghubungi Eksekutif Pembiayaan Yayasan Perak di talian 05-255 2929.

Kerjasama anda amatlah dihargai. Terima Kasih.