MAKSUD LOGO YAYASAN PERAK

  • Dasar Gubahan logo ini adalah gabungan huruf jawi 'ya' dan 'pa' yang bermaksud Yayasan Perak.

  • Gubahan 'ya' dan 'pa' itu diserasikan oleh tenaga yang menarik untuk simbol bunga yang sedang mekar.

  • Kemekaran bunga itu membawa maksud segala idea-idea perkembangan dan kemajuan seperti pendidikan dan kebudayaan yang mengarah kepada tujuan murni sebagaimana murninya lambang itu.

  • Sifat dan kedudukan logo yang simetri itu dapat melambangkan keteguhan, perseimbangan dan keadilan.

  • Warna putih, kuning dan hitam adalah warna rasmi Negeri Perak Darul Ridzuan.

  • Gabungan tiga kelopak bunga merupakan petanda tiga etnik besar ini yang bertindak kepada satu kesatuan yang harmonis.

  • Keseluruhan lambang ini dibina dengan rasa keorganikan dan sangat berbau tempatan dan dapat mencerminkan identiti bentuk Malaysia.