PERUTUSAN PENGERUSI

Y.B. Dato' Haji Mohamad Daud Bin Haji Mohd Yusoff
DPMP.,PMP.,AMP.,PPT.
Pengerusi Yayasan Perak

Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum WBT dan Salam Perak Amanjaya.

Sesungguhnya, Yayasan Perak amat komited dalam melaksanakan transformasi pendidikan selaras dengan Pelan Pembangunan Perak Amanjaya dalam melahirkan masyarakat yang berkemahiran, berilmu dan beretika. Melalui pemerkasaan program - program pendidikan yang menyeleruh dan berteraskan "National Blue Ocean Strategy" (NBOS) akan memberi manfaat optimum jepada golongan pelajar ke arah pembentukan modal insan yang seimbang dan berjaya.

Yayasan Perak juga akan memastikan bahawa sumber pendapatan dapat dipertingkatkan lagi supaya sumbangan dalam sektor pendidikan boleh diteruskan. Fokus dan hala tuju Yayasan Perak pada masa ini adalah membangunkan sektor perladangan kelapa sawit sedia ada dengan kelulusan dengan Nilai Pembangunan harta tanah turut akan menymbang kepada dana pendidikan dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) berjumlah hampir RM700 juta yang melibatkan kawasan strategik di Bandar Ipoh dan sekitarnya.

Impian penubuhan Kompleks Bangunan Yayasan Perak di Bandar Meru Raya akan menjadi mercu tanda kemegahan bagi rakyat Negeri Perak. Bangunan ikonik setinggi 8 tingkat dengan keluasan 10,000 meter persegi ini yang bernilai kira-kira RM50 juta akan memudahkan akses orangramai untuk berurusan kerana ianya terletak berhampiran dengan pejabat-pejabat serta agensi kerajaan persekutuan dan negeri. Pembinaan bengunan tersebut dijangka bermula pada suku keempat tahun 2016 ini.

Akhir kata, harapan saya supaya kewujudan Yayasan Perak dapat dirasai dan diperlukan oleh masyarakat di seluruh Negeri Perak. Kami akan terus mendengar denyut nadi rakyat