PERUTUSAN PENGURUS BESAR

 

Puan Aida Hazlyn binti Hassan

Pengurus Besar Yayasan Perak

 

Assalammualaikum WBT dan Salam Perak Amanjaya.

Yayasan Perak akan terus komited dalam melaksanakan peranan, tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Kerajaan Negeri dalam memperkasakan bidang pendidikan sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) PPPM(PT) 2015-2025. Yayasan Perak juga akan sentiasa berusaha mempertingkatkan mutu sistem penyampaian kepada rakyat. Melalui tadbir urus yang cekap dan berintegriti, saya yakin Yayasan Perak dapat berada di tahap yang cemerlang dan di landasan yang tepat untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Menerusi laman web rasmi ini, saya berharap ia dapat membantu memberikan maklumat serta perkembangan semasa dan peranan Yayasan Perak dalam bidang pendidikan. Di samping itu, ia boleh dijadikan sumber rujukan berkaitan peluang dan kemudahan yang disediakan oleh Yayasan Perak.

Saya berharap dengan sokongan semua pihak di samping kakitangan yang efisien dan dedikasi, Yayasan Perak akan sentiasa terus berkembang maju dan kekal relevan sebagai sebuah agensi Kerajaan Negeri yang memperkasakan bidang pendidikan.